Thursday, November 30, 2017

Episod 100 : I'm Feeling 23


23 tahun yang lepas, lahirlah seorang Dominic Unknown ke muka bumi Malaysia ini. Cut to short now dia dah masuk umur 23 tahun. Cepat masa berlalu. Aku terasa tua sedikit. HAHAHAHA. Officially 23 years old ! Damn ! Episod kali ni sedikit lewat aku post. Dah 15 hari berlalu dari tarikh lahir aku. Baru malam ni aku berkesempatan nak post something. Oh ya sebelum aku lupa, Happy birthday Nov ! Aku harap kau baik-baik saja. Rindu kau la. Berhabuk dah blog tu woi.

Well it’s a tradition for me to post satu episode berkisar pasal birthday aku. Kebetulan episode kali ini merupakan episode ke 100 ! I’m posting my HUNDRED EPISODE !!! Seems like syok sendiri am I right ? So how was my birthday this year ? It was okey la kot. I guess. Birthday aku tak pernah lagi disambut dengan birthday party yang gah. Or any belon yang boleh terapung tu. Sebab selalunya akan jadi macam hari biasa Cuma pada aku it’s my special day.

Dario dah awal-awal lagi bagi hadiah birthday. Advance pulak dia. Yela beginilah hidup berjauhan dengan buah hati. Thanks for the gift. Kemudian that night tepat pukul 12am dia Facetime dengan aku. Nyanyi-nyanyi sikit. Diikuti dengan ucapan Gibb, ucapan Aries and member-member dari laman sosial. Well this is the only day orang nak post ucapan dekat aku kan. So I just enjoyed it the whole day.

Cuma aku sedikit terkejut sebab emak whatsapp aku.

“Happy birthday Dom. Semoga berjaya dalam pelajaran. Mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak.”

Awhh mata aku masuk habuk. I feel touched. HAHAHA. Then aku cakap kat mak doakan aku tak kena extend. Abah ? Ermm aku tak rasa dia ingat birthday aku. Tak apalah. Mungkin one fine day he will.

Qimie ? Tahun lepas dia wish birthday aku kat dalam Grindr. My first birthday wish di Grindr. Tahun ni aku rasa sedikit sepecial. Dia save gambar aku kemudiannya dia upload dalam Insta Story. Dia ingat pun aku dah happy. Dear Qimie, abang will always ada untuk Qimie no matter what happen. Haa camtuh.


Celebration aku ? Aku just pergi Sushi King sendirian. Kemudian order Mix Bento Set, add on green tea ice cream, fried salmon skin and green tea ice 1 liter. Haa mengidam pulak nak makan makanan Jepun di hari kelahiran sendiri. Lepas makan tu aku pusing-pusing mall kejap then pulang ke hostel. So no birthday cake for this birthday.

Oh ya, if korang ingat aku pernah story pasal girl crush aku masa form 6 dulu. Boleh baca Episod 47. Iza nama dia. Dah jadi nurse dah dia sekarang. We both sharing the same birthday. Hari tu around petang, aku send voice note kat dia. Aku nyanyi lagu birthday. And wishing her all the best and etc. Malam tu around pukul berapa entah dia call aku. Kata dia, dia tak pandai nak buat voice note macam aku so dia decided untuk call aku directly. Nervous sikit la cakap  dengan crush lama kan. 4 tahun dah rupanya. Aku pun tak pasti sama ada aku masih sukakan dia atau tak. Lama jugak kitorang borak. Pasal life dia, pasal kerja, pasal lelaki yang ngorat dia. So much more. Macam tak sangka pulak boleh mesra dengan dia. Dia ada jemput pergi wedding kakak dia this 2nd Disember. Aku tak sure whether boleh pergi or tak. Teringin jugak nak jumpa dia. 4 tahun tak jumpa. Makin lawa aku tengok. HAHAHAHA. Seorang Dominic Unknown sedang cuba untuk menjadi straight kah ini ? Jangan kecam abang ! HAHAHAHA. Satu ayat dia yang aku rasa macam dihargai

“Kau tau tak Dom, dalam member form 6 yang aku kenal kan, engkau je la yang still keep in touch dengan aku. Yang lain mana ada.”

Perghhhh aku je weyh. HAHAHA. Kalau aku ni straight kan Iza, aku dah confess kat kau dah weyh. Kita berdua mungkin dah jadi kekasih. Tapi sebab aku ni gayboy, maka plot itu tidak berlaku. Tak mengapa, mungkin ada lelaki yang boleh jaga kau dengan baik. Insyaallah.

Apa yang aku harapkan untuk birthday kali ni ? Aku just harap yang aku dapat settlekan sem ni dengan jayanya. Aku tak nak extend. Aku nak make sure tak extend. Korang doakan aku tau. Kajian yang aku buat sangat tak berapa bagus. So aku takut. Doakan Dom berjaya guys ! Moga semuanya berjalan lancar. Sesungguhnya stress di final year adalah benar belaka.

Aku rasa itu je kot yang aku nak coretkan kali ini. Kepada blogger-blogger dunia pelangi dan juga reader-reader yang sudi baca blog aku hingga dah masuk episod 100 ni, terima kasih buat korang semua sebab hadir dalam hidup aku. Hidup aku takkan sama tanpa korang.
Hingga ketemu lagi dalam episode yang lain.

Adios ~

p/s : December is coming so dear December please be good forever.

Tuesday, November 14, 2017

Episod 99 : Liku-liku Final Year


It's being a month after my last episode in here. Perk of being a final year student is real. Yes ! Busy amat seyh. Gue ini lagi pada capek. Ini merupakan kali pertama aku biarkan satu bulan tanpa sebarang episod. Which is never happen as far yang aku ingat. Kali ini aku kembali bersiaran. 2 November 2017. Secara tidak langsung 2017 bakal melabuhkan tirainya. Aku pun dah final year sekarang. Secara jujurnya aku cakap final year aku is not easy as what I imagine. It's tough. Or maybe not to certain people but for yeah sedikit sukar. Atau mungkin aku yang over. Mungkin. Disebabkan blog ni mengenai kisah hidup aku maka sememangnya kalian akan disajikan dengan kisah hidup aku saja la.

Final Year Project Projects
Sudah menjadi adat buat semua mahasiswa-mahasiswi tahun akhir untuk menghadapi projek tahun akhir *dibaca sebagai malapetaka*. For sure aku pun turut menerima azab tersebut. Course aku memerlukan 3 FYP untuk aku bergraduasi. Aku perlu menyiapkan satu tesis yang dah mula sejak semester 6. Which is part 1. Now currently aku buat part 2. Dua lagi merupakan projek FYP berkumpulan. Melibatkan produksi berkumpulan. Aku sedang stress dengan tesis. Seriously writing a tesis is not my forte. It’s killing me. Untuk part 1 aku hanya dapat C+ sahaja. Which is aku rasa thank god at least tak failed. Betapa aku tak sukanya tesis itu sampai aku rasa dapat C+ pun aku dah bersyukur. Dalam part 2 aku masih lagi dalam proses. Progress ? It’s like damn aku benci kau. Tesis is not my forte. Selain tesis untuk individu, aku jugak ada FYP berkumpulan. Projek yang kitorang perlu hasilkan ialah satu short video yang berdurasi 10 minit. So far so good. Harap semua bakal berjalan lancar hendaknya.

Kuliah
Since aku dah pun final year, secara tidak langsung jumlah kuliah aku dalam semester ni pun adalah sangat minimum. Subjek yang aku ambil sebanyak empat subjek. Tapi tutorial aku cuma ada satu. Kuliah hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selasa dan Rabu free. Actually tak free sangat. Sebab kadang tu ada group discussion untuk project.

Haqimie
Qimie. Genap setahun aku kenal dia. From a stranger in Grindr to adik angkat aku. Hubungan aku dan dia ? Well masih sama. Aku sayang dia dan dia sayang aku. Walaupun some of my friend cakap aku ni hanyalah tempat untuk dia singgah bila dia susah. Faizul ? Well it’s over. Selepas Qimie dan Faizul duduk sebilik banyak hal berlaku. Krisis here and there. End up diorang bergaduh besar. Itu yang Qimie bagitahu aku. Quite tense jugak pergaduhan tu. Sampai ada sesi jerkah menjerkah. Kalah laki bini berperang. Sudahnya selepas cuti midsem, ketika Qimie kembali ke bilik, semua barang Faizul dah tak ada. Kosong. At first Qimie ingatkan gimik semata-mata. Rupanya Faizul memang buat permohonan tukar ke bilik lain. Dia dah nekad untuk blah. Secara tidak langsung menjadi penanda aras bahawa hubungan cinta mereka berdua runtuh jua akhirnya. Bye Faizul. Selepas seminggu, roommate baru Qimie pindah masuk. Budak straight. Well at least Qimie tak tinggal sendirian sepanjang masa. However, since Qimie dah kembali single aka nada kemungkinan dia akan bertemu someone else lepas ni. Then the cycle will be repeated. HAHAHA. Aku hanya nak jaga Qimie dalam semester ni je lagi. Semester depan aku dah intern. Which mean jauh dari kampus. Again, life yang penuh plot twist ni tak boleh rancang. Aku kena hadapi jugak.

Menggemuk
Seriously it’s real ! Aku gain weight jugakla. Secara tak langsung aku keihatan berisi dalam semester ni. Even some people said I look just nice but yeah aku nak body masa first year dulu. Facing this final year is so damn stressful dan aku jadi malas nak exercise. Yeah salah sendiri. Makan pun tak berapa nak clean. Memang mendapat la. Last check berat aku dah capai 78kg. WTF ! Selalunya bermain di lingkungan 74-75kg sahaja. Tapi bila tengok balik coursemates lain. Tak dapat dinafikan ramai yang turut naik berat badan masing-masing. AHHAHAHAHA. But still aku kena pastikan berat ini turun dengan jayanya. Even aku join marathon here and there but still struggle nak lost weight. Doakan aku gais !

Selamat tinggal str8 crush
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, disebabkan batch aku ada yang pengajian diorang hanya selama 3 tahun maka tahun ni diorang dah grad dan bakal meneruskan kerjaya masing-masing. Semestinya straight crush aku turut sama pergi meninggalka bumi university aku ni.  Well it’s quite sad actually. Bila no more jantan-jantan yang sedap dipandang lalu di block kau. It just like kau missing something. Well some memang aku follow di Instagram walaupun they not even know that I’m exist. But at least aku boleh la tengok update diorang. Cumanya agak terkilan sebab aku tak pergi bergambar dengan diorang pun masa hari diorang konvo. Tak rasa nak pergi. Then bila dah berlalu hari tu baru aku nyesal pulak. Haihhh. To all my straight crush out there, selamat maju jaya. Moga kita berjumpa lagi.

Jadi, itulah serba sedikit liku-liku final year aku. Less drama ? macam ya jugak. Tapia da je drama Cuma belum sempat nak bercerita. Apa-apa pun korang doakan aku berjaya habiskan perjalanan ijazah aku tanpa kena extend. Aku nak grad tahun depan. Doakan tau ! Thank u.

Hingga ketemu lagi dalam episode yang lain.

Adios~

p/s : Justice League dah nak keluar weyh ! I’m so gonna watch it !

Friday, September 29, 2017

Episod 98 : Final Year, Haqimie Part 5, & Crisis Part 2

Final Year !

Aku ingat lagi entry pertama aku pasal life aku as budak uni kat Episod 13 : Hello Dunia Baru - Part 1 . So pejam celik pejam celik semester baru ni secara rasminya aku dah jadi budak final year. Pelajar tahun 4 ! It’s Final Year babeyh ! Wah excited ! HAHAHA. Hello semester 7. Moga semuanya berjalan lancer walau aku tahu aku akan stress nak mampos sem ni. Jadual aku untuk sem ni agak ringan sedikit. Kuliah hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Which means, Selasa dan Rabu I’m free. Even dah free pun still kena hadap FYP aka Final Year Project.

Gosh ! It’s so disaster ! Subjek aku dalam sem ni hanya ada empat subjek sahaja. Dalam semester 7 ni jugak aku kena get ready my CV and resume untuk internship during semester 8 nanti. Too many things to be prepared by me during this final year. Moga semuanya baik-baik. So far baru minggu pertama. Masih banyak week lagi untuk aku tempuhi. Moga aku berjaya hadapi semua ini dan dapat bergraduasi di tahun hadapan. Harapnya aku tak terjebak untuk kena extend. 

Unfortunately semester sidang ni aku telah dibuang dari kolej kediaman. LIKE WTF ! But luckily after two weeks menumpang kat bilik member, rayuan menyebelahi aku dan aku ditawarkan bilik di kolej ! So new roommate again ! But until now aku masih sendirian dalam bilik dan kelibat roommate masih belum lagi kelihatan. Syukurlah 4 tahun degree life aku dapat stay dalam kolej penginapan lagi. Nothing much I could ask for. Just harap aku boleh survive sem ini. Amin.

Haqimie Part 5

19 Ogos 2017
*Conversation Whatsapp antara aku dengan Haqimie*

Aku : Buah hati Qimie sihat ?

Qimie : Qimie tak ada buah hati la abang.

Aku : Aikk apa kes pulak ni ?

Qimie : Dia dah mati. So lupakan si mati tu.

Aku : Laa jadi lagi ke perangai dia ?

Qimie : malas dah nak fikir. Dia tu kan kadang-kadang ok kadang-kadang tak.. asyik kena ikut mood dia je. Now dia senyap tak contact Qimie langsung. Qimie dah tawar hati dengan dia. Malas dah nak bagi third chance.

Based on story Haqimie, Faizul buat perangai yang sama. Silent treatment tanpa sebab. Psiko gamaknya mamat sekor tu. Aku geram sebenarnya bila Faizul keep on doing that attitude. Kau boleh tak berfikiran waras sikit ? Jaga dia elok-elok la bangang.

10 September 2017
Maka semua pelajar university aku kembali ke kolej untuk semester baru. Aku excited untuk jumpa Haqimie. Aku ada bawak Congo Bars untuk dia. Gigihkan ? Kalau dah sayang tu orang kata sanggup gigihkan diri. Aku text dia memaklumkan yang aku ada bawa something untuk dia. Tapi malangnya on that day Qimie berada di block kolej lain sebab kunci bilik dia belum diambil dari office. So dia tak boleh masuk. Tak mengapa. Aku cakap hari lain pun boleh lagi. Esok atau lusa masih ada.

The next day Qimie whatsapp aku,

Qimie : roommate dh ade dah. Abam nak tau x sapa? 😭   
                    
Aku :  Sapa ?    
                   
Qimie : Faizul 😭😭     
                  
Aku : WHATTTT                       

Qimie : padahal kiteorang tak apply untuk jadi roommate     
                  
Aku : But how come ?           
     
Qimie : Tak tahulah abam. Kitorang pun terkejut 
                      
Aku : Dah tu Qimie nak minta tukar ke ?
                       
Qimie : Tak pun. Sebelum ni kitorang dah ok dah. So takper lah                                                
Me : Oh. Dah rujuk semula ke tu ?

Qimie : nampak gaya camtu      
                 
Aku : haha Wuuuu duduk sebilik dengan BF. Bahagianya..

Yeah from no more chance to rujuk semula katanya. Well it seems like Faizul played a better game than me. Dia berjaya bina tembok penghalang antara aku dengan Qimie. Sampai aku tak boleh nak buat apa dah. Obviously gerak geri Qimie now dah dikawal selia oleh Faizul kan. Haihhh. Qimie on the other hand bagi peluang kat Faizul. Well it does sound macam agak stupid la kan but aku nak dia bahagia dan happy. As long dia happy dengan pilihan dia means aku kena la happy jugak walau pun aku susah nak terima.

Apa jadi dengan congo bars tu ? After a few days, Qimie like macam busy sikit dan end up dia tak ambik congo bars tu dari aku. Sudahnya aku bagi kat member aku je la bagi habis. Aku agak terkilan sikit dengan insiden ni. Tapi nak buat macam mana. Aku just anggap bukan rezeki dia. Itu jer la.

21 September 2017 - Malam

Aku rindu Qimie. Aku baru terserempak dengan dia ketika naik lif. Tu je la moment beberapa saat dengan dia. Lepas tu aku tak nampak dia dah. Plus jadual tak sama. Aku sekadar tengok motor dia dari jauh. Tak jumpa tuan motor, tengok motor pun jadilah. Apa kena entah dengan aku.

Kebetulan Qimie ada post di insta storynya. Aku reply story itu. Reply demi reply hinggalah Qimie kata nak datang lepak kat bilik aku. Kebetulan roommate aku masih tak kunjung tiba. So aku bagitahu yang dia boleh datang malam ni. Kebetulan pulak si Qimie tak ada ke mana-mana. Dalam pukul 11:30pm Qimie datang. Aku peluk Qimie. Ya aku rindu dia. Qimie baring di sebelah aku. Aku mula meraba bonjolan Qimie. Qimie mendesah ! HAHAHHAA okey tipu. Scene itu tidak berlaku. Ini bukan kisah porn. Qimie baring di sebelah aku. Aku membelai lembut rambut Qimie. Haruman syampu yang Qimie guna bermain di rongga pernafasanku. Wangi. Aku mendakap Qimie dengan erat. Pipi Qimie aku kucup dengan lembut. Qimie memulakan bicara.

Ok sebab aku malas nak type conversation so aku akan rangkumkan terus dalam paragraph ni. Qimie memberitahu bahawa hubungannya dengan Faizul menghadapi masalah yang sama. Masalah yang aku rasa tak wajar berlaku. Lebih kurang macam silent treatment tanpa sebab. Sampaikan Qimie rasa meluat dengan Faizul. Bila bertanya Faizul enggan memberikan sebarang sebab kenapa dia buat macam tu kat Qimie. Sampaikan Qimie buntu kenapa dia diperlakukan sebegitu. Wahhh ayat ! Macam-macam kitorang borak. Well it was a moment yang aku akan ingat sentiasa.

Sepanjang kitorang borak tu memang Qimie dalam dakapan aku. Aku kiss dahi dia. Aku kiss pipi dia. Belai rambut. Those sweet thingy yang aku selesa buat kat dia. Lama jugak dia kat bilik aku. Around 1.30am dia mintak diri nak balik ke bilik neraka. Ye dia sebut bilik tu as bilik neraka sebab dia dah sakit hati dengan Faizul. Sebelum Qimie berlalu pergi, aku kucup dahi dan kedua-dua belah pipinya.

Kadang aku ada rasa yang Qimie hanya cari aku waktu dia perlukan aku saja. Aku tak nafikan benda tu. Even korang pun akan pikir that way. Tapi pada aku, aku nak tengok dia bahagia. Even aku tahu at the end aku tak boleh nak bahagiakan si Qimie ni. Lepas ni dia mungkin akan baik semula dengan Faizul. Macam yang sebelum-sebelum ni. Aku cuma harap dia tak lupakan aku. Itu pun dah cukup. Satu semester je lagi before aku pergi intern. Lepas ni entah bila aku boleh jumpa Qimie lagi agaknya…

Crisis 2.0
Dalam episode (insert link) aku ada story pasal crisis perang dingin antara aku dan Adin. Sehari sebelum aku kembali ke kolej, aku ada text dia via sms dengan iMessage sebab dia dah block aku di semua medium lain.
Lagi mengejutkan bila semua text tersebut tak delivered. Dalam erti kata lain dia block number aku terus. So aku memang tak boleh nak contact dia.

11 September 2017
Hari pertama semester 7 aku bermula. Pagi tu aku ada kuliah. Macam biasalah pergi kuliah. Lepas tu Adin muncul dalam group whatsapp team aku.

Adin : Weyh tutorial Dr. Rana dah boleh register. Pergi isi kat office dia.

Aku : Okey thanks infor. Will go there afterwards.

Adin : Pergi cepat Dom. Kang full.

Ya for the first time aku memberikan respons kat dia dalam group whatsapp. Selama cuti sem 3 bulan none of us communicate with each other even dalam group pun dia buat tak tahu kat aku. Jadinya bila tetiba Adin memberi respons lepas aku reply tu aku sedikit terkejut dan seolah-olah bakal ada sinar positif untuk krisis ni. Cut to short lepas kelas pagi tu aku pergi register tutorial. Nak jadi cerita pulak aku bertembung dengan dia yang kebetulan baru habis kelas.

That moment aku perhati dia and dia perhati aku. Mata bertemu mata kemudian dia merapat ke arah aku dan aku bergerak ke arah dia. Tangan didepa luas maka berlakulah sesi berpelukan di situ. Adin memeluk aku. So do me membalas pelukan itu.

“Aku rindu kau Dom !”

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Mata aku almost berair ala-ala terharu camtu. HAHAHA. Aku pun rindu je dia even perangai dia ada yang tak berapa aku berkenan but yeah it’s all about friendship dan aku ni malas nak ada isu dengan sesiapa.

After scene peluk memeluk on the first day tu hubungan aku dengan Adin makin better. Dia dah unblock aku kat Facebook and others social apps. Eventhough we both not become friend la lepas tu. Once block terus jadi unfriend. Everything seems back to normal I guess. I hope it will stay that way until graduation day aku next year. We both memang taka da ungkit pasal isu hari tu. Like macam biar je berlalu pergi and no one bring up that issue. But after menyiasat aku dah tahu la reason dia buat macam tu. Apsal dowh ? Nantilah kalau aku rajin aku story kat blog ni. Malas jugak ni. Episod ni pun berminggu-minggu baru siap. Writer block gituhh.
…..

Jadi begitulah yang berlaku sepanjang semester baru ni bermula. Diharapkan semuanya baik-baik sahaja. Buat kalian yang masih setia membaca kisah hidup aku di sini, terima kasih aku ucapkan. Mana yang elok tu ambik lah buat teladan ye.

Hingga bertemu lagi di episod lain.

Adios ~

p/s : Baru nak merasa duit KADS1M RM 250. Tapi kejap je la habis tu.





Saturday, August 19, 2017

Episod 97 : Crisis


Kadang tu aku sendiri pun tak tahu apa pasal life aku ni always berkisar mengenai drama yang aku sendiri pun tak tahu bila nak stop. Or is it normal atau aku yang melebih-lebih ? Adakah aku Drama King ? Entahlah. Tapi things keep on happening. Wanna know apa yang jadi kali ni ? Nama pun crisis kan. So for sure la bala juga bagi aku nak kena hadap.

Dalam episod Episod 83 : Third Year, aku ada sebut yang Adin dan aku tak dapat kolej. So kitorang terpaksa stay rumah sewa. However, thank god that me and Adin akhirnya berjaya mendapat kolej atas tiket rayuan !  But the cons that I need to face was Adin jadi roommate aku untuk satu sidang aka 2 semester. In other words, aku dan juga Adin jadi roommate during third year. Pada mulanya aku rasa tak selesa untuk tinggal sebilik dengan dia. Sebab aku rasa yang aku dan Adin hanya boleh jadi kawan rapat but not as roommates. So it was like something I did not expect to happen la bila mana aku dan dia telah diletakkan sebilik oleh makcik kerani office kolej aku tu. Aku beranganlah nak dapat abang sado ke jadi roommate or at least yang sedap buat bahan cuci mata. HAHAHAHAHA tu la nawaitu tak berapa suci memang tuhan susah nak makbul.

Once dah dapat kunci aku pun husnuzon yang Adin dan aku akan jadi roommate yang baik. Well things worked very well during our fifth semester. No crisis and I do feel selesa la jugak dengan dia. Walaupun dia ada buat some annoying to me but yeah aku malas nak gaduh coz at the end he is still my friend dan aku masih boleh compromise dengan dia. Sem enam pun sama juga. Everything seems okey to me. Hujung semester pun tiba. Exam final aku habis awal sedikit dari dia. Tapi aku decided untuk balik lambat sikit sebab ada urusan.

Guess what ? Aku dua hari sebelum aku start cuti dan pulang ke rumah aku started to notice something. Adin seakan-akan sedikit dengan aku. Pada mulanya aku just expect dia tak ada mood la. Dia keep on layan aku macam sampah. Dia layan aku nak tak nak la senang cerita. Ibarat macam aku ni ada buat salah. Tapi aku diamkan benda ni. sebab tak nak timbulkan any issue. Keesokan harinya Adin last day exam. Aku pun bakal pulang ke rumah petang tu.

15 Jun 2017

Paper Adin akan start petang. So pagi tu dia ada kat bilik. Tapi start dari lepas sahur *time tu bulan puasa lagi* dia buat perangai. Dia tak berapa nak cakap dengan aku. Cakap pun dengan nada yang kasar. Like seriously aku pun tak tahu. Kau dah kenapa nak emosi macam ni ? Aku ada buat salah ke ? At least tell me la kan. Not just giving me this kind of shit treatment. Tapi aku just buat biasa macam tak ada apa-apa. Around tengah hari dia dah nak gerak ke dewan exam. Aku ingat lagi ayat dia before tutup pintu. Adin was holding a helmet. Aku pun tanya la.

Aku : Eh kau pergi exam naik motor siapa ?

Adin : La dah tak boleh nak jalan kaki sambil pegang helmet ke ?

Aku : Takda la aku tanya je. Adin, good luck exam tau.

Adin : Haa k lah aku nak pergi dah. Tak jumpa dah kot lepas ni.

Lalu pintu ditutup. Aku ditinggalkan dengan seribu persoalan. Kalau ikutkan aku akan balik around petang tu. Jadi of course la aku nak salam dulu dengan Adin tapi dia blah dari bilik sebegitu awal dan seolah-olah memang tak nak jumpa aku dah. I was so shocked that time. Around 5 something kalau aku tak silap Adin balik ke bilik.

Dia masuk ke dalam bilik sambil berkata,

Adin : Laa ada lagi ke ? Ingatkan dah berambus.

Lepas tu dia blah dari bilik.

WOW ! Apa semua ni ?

Okey tak apa la. Then tiba waktu maghrib. Parents aku lambat sampai sebab traffic jammed. Adin rupanya pergi berbuka dengan member kitorang kat KFC. Aku agak terkilan sebab dia tak ajak aku join berbuka. So obviously there is something yang dia tak puas hati dengan aku. Takpa la aku diamkan diri lagi. Aku plan nak whatsapp dia once aku dah balik nanti.

Mak dengan abah pun sampai around pukul lapan lebih. Aku pun mulalah angkut barang masuk dalam perut kereta. Settle angkut barang then aku naik semula ke bilik. Kebetulan Adin ada melepak kat bilik member kitorang. So I meet them and said good bye la. Cuti sem 3 bulan kan. Lambat lagi nak jumpa diorang. Aku salam diorang empat orang then one of them nak selfie. Aku okey je. Tapi Adin seakan-akan mengelak dari masuk dalam selfie ramai-ramai tu. Dia sekadar menghulurkan tangan semata-mata tanpa interframe langsung. Aku perasan semua tu. 

Lastly aku salam Adin. Mulanya aku nak minta maaf dan minta halal semuanya tapi since dia salam aku macam nak tak nak *he was not even facing my face !* so aku batalkan niat nak continue scene itu. Aku decide untuk text kat whatsapp. Then aku pun berangkat pulang. Ketika dalam perjalanan tu aku terus whatsapp Adin

Dear Adin, thank you for being my roommate untuk satu sidang ni. From rumah sewa beberapa hari until habis satu sidang kat bilik kita tu. Terima kasih untuk semuanya. Aku nak mintak halal makan minum sepanjang jadi roommate kau. Minta maaf jugak andai terkasar bahasa, tergurau lebih kurang, tak selesa apa ke sepanjang menjadi roommate kau.

Lalu aku ketik butang send. Single tick. Aku assume dia off mobile data dan wifi. Tapi makin pelik bila profile picture whatsapp dia tidak kelihat. Aku cuba husnuzon lagi dan text member aku yang bernama Marziah.

Aku : Weyh Marziah kau usha jap profile pic whatsapp Adin ni dia tak letak ke ?

Marziah : *send screencap* Ada je ni.

Ya. Marziah masih boleh lihat profile pic itu. Maknanya di sini Adin dengan rasminya telah block aku di Whatsapp. Wow ! What did I have done to him ? Then aku search pula Facebook Adin. Profile FB nya juga sudah tiada. Dia dah block aku di sana juga. 

So diblock di dua laman sosial utama. Which make me wonder apa yang aku dah buat kat dia. Selama 2 semester kami hidup together and no perang and suddenly on the last day aku diblock. 
Aku pun tak ada jawapan. 

It's been 2 months lepas Adin block aku. Selama 2 bulan juga aku tak dengar khabar berita dia. Ucapan raya pun tiada. Namanya hanya muncul sesekali dalam whatsapp group. Aku pun masih bertagak lagi sama ada nak minta penjelasan atau tidak. Mungkin sebelum semester baru bermula aku akan text dia lagi sekali. Well if I'm doing something taht you don't like at least tell me. Don't just blocked me. At least aku boleh betulkan ke apa ke. Haishhh.

Crisis ni aku tak tahu akan tamat atau tidak. If not then semester depan aku dengan Adin might not talk to each other anymore agaknya. Kinda sad but yeah. Lets see what will happened next.


Siap juga episod ni. As usual story telah diubah sedikit bagi menjaga keamanan sejagat. Aku sendiri bercinta betul nak type. Punyalah malas ditambah dengan wifi rumah yang sangat di tahap al siput baby. But don't worry blog ni masih hidup. Korang doa-doakanlah crisis remeh temeh macam ni dapat berakhir. Penatlah.

Ok hingga ketemu lagi dalam episod yang akan datang.


Adios~


p/s : Cuti sem dah nak habis oit ! Next semester gonna be my final year !


Tuesday, July 25, 2017

Episod 96 : Soal Jawab #InginTahuSesuatu?

Aku sedang menikmati cuti semester di rumah. Ya tenang sekali. Tanpa perlu memikirkan apa-apa. For now la. Aku akui tengah mengalami sindrom malas nak update blog. Ternyata sindrom ini benar ya anak-anak. Tiada yang benar melainkan yang benar. Entry raya 2017 pun aku tak ada update. Betapa dahsyatnya sindrom malas aku ni. Jadi untuk mengelakkan blog ini dari terus berhabuk maka aku decide untuk reply some soalan yang diajukan dalam box Ask Mr. Unknown ni.

Kalau perasan kat sebelah kanan blog aku ni ada satu box yang aku namakan Ask Mr. Unknown. Just in cased you guys wanna ask something just simply use that box okeyh. Dont worry segalanya adalah anonymous.

Ada la a few question yang diterima. Dah lama jugak aku peram. Minta maaf la yer kepada reader-reader yang tanya soalan tu. Sorry for the late response.

So let’s start

Hai Mr Unknown Skrg finally awak dah ada bf. Apa perasaannya bercinta? Is it like what you expected? Saya tak pernah bercinta, crush je banyak, imaginasi pon tinggi (mcm awak la, hehe). Jadi sangat teringin nak tahu.
-Mr Din

Hai Mr. Din. Apa rasa bercinta ? Well pada aku, aku rasa disayangi. Kasih sayang dari someone yang special selepas family dan kawan-kawan kau. Bila dah ada someone yang sayang kita, kita akan rasa bahagia. Bila dah bahagia tu senang betul naik berat badan. HAHAHA. Aku pun berisi dah ni.

Apa yang aku expect ? Well hubungan aku dan Dario ni my first relationship. And yeah aku expect untuk kalau boleh tahan lama dengan dia. Bukan apa, aku ni kategori yang tak berapa nak laku sangat jadi sangatlah crucial untuk mengharapkan hubungan ini bertahan lama. So far alhamdulillah aku dan Dario masih lagi bersama menyulam cinta. Wahh ! Tapi ada la jugak krisis turun naik kan. Sedangkan lidah lagikan tergigit ye dak. Jadi sekarang follow the flow. Selama mana mampu bertahan aku bertahan.

How I can contact u?

Hey Anon ! You can email me via meisterzacker@gmail.com. Emel ada tertera di sebelah kanan blog.

Skrg tahun akhir kat uni ke? Apakah nama anda? Belajar dalam kos apa? Apakah nama uni? Ada wechat x? 🤔.. Kalo boleh nk add.. 😎

Hey there ! Currently aku baru habis third year. Next sem akan jadi pelajar tahun akhir. Insyaallah. Please doakan semuanya berjalan lancar okeyh. Nama ? Nama diberi Dominic Unknown. Obviously itu hanyalah satu persona yang aku create untuk dunia blog ini. Nama sebenar tak dapat nak dikongsi demi kepentingan sejagat. Kos yang aku belajar ni tidaklah segah mana. Kos biasa sahaja. Tapi pada aku agak struggle juga. Amboi nama uni saya pun nak tahu yer awak ? HAHAHA sama juga. Tak dapat nak kongsi bagi menjaga keamanan sejagat. Wechat atas nama Dominic Unknown tiada. But you can emel me. Or kita boleh chat di Hangout.

Awak ni study dkt mne? Hahaha...

Hey awak di sana ! *lambai tangan*. Saya study di sebuah IPTA dalam Malaysia ini. Nama uni ? Biarlah rahsia. Kalau satu uni kang haru pulak nanti.

Ya itu sahaja soal jawab mesra yang diterima buat waktu ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi apa-apa bolehlah guna bix Ask Mr. Unknown di sebelah kanan blog ini. Also you guys can put nick name di akhir ayat. So senang aku nak gelar korang selain anonymous/

Hingga ketemu lagi di lain waktu.

Adios~


p/s : Selamat bercuti semester buat semua pelajar degree. Enjoy your sem breaks ! Jangan nakal-nakal !

Thursday, June 15, 2017

Episod 95 : Haqimie Part 4

Qimie : Qimie dengan dia dah putus…

4 Jun 2017
Study week selama seminggu pun akhirnya tamat. Seminggu berbuka puasa di rumah. Jadi selamat kembali ke kolej tercinta. Selamat berjuang buat diri sendiri yang perlu menduduki enam paper final exam untuk semester 6 ini. Sebelum pulang aku sempat membuat kek coklat. Aku ingat nak bawa untuk Qimie. Lagi pun ni kali terakhir aku boleh bagi dia something before cuti sem bermula nanti.

Aku tiba di bilik kolej aku dalam pukul 11pm. Dalam pukul 11 lebih tu aku whatsapp Haqimie. Kebetulan Adin belum pulang ke bilik lagi jadi bolehlah aku ajak si Haqimie datang bilik aku. Haqimie datang dalam lingkungan pukul 12am macam tu. Qimie duduk di katil aku dan mula berbicara. Banyak yang dia story kat aku. Pasal assignments dia. During study week dia tak cuti sebab masih ada assignments yang perlu submit. So Qimie tak balik kampung. Ya aku rindu saat Qimie mula sembang mengenai life dia. It just like that moment is coming back. Setelah kemunculan Faizul semuanya jadi berbeza. Seperti ada satu halangan antara aku dengan Qimie. Walaupun aku cuba untuk pasrah dengan ketentuan itu. Tapi dalam satu sudut hati aku still tak boleh nak terima reality itu.

Aku : So Qimie dengan Faizul macam mana ? Dia jaga Qimie baik-baik tak ?

Qimie : Ermm Qimie dengan dia dah takda apa-apa.

Aku : Hah ? Maksud Qimie ?

Qimie : Khamis lepas. Dia panggil Qimie datang ke bilik dia. Lepas tu dia cakap dia tak boleh teruskan hubungan ni and then dia minta maaf.

Aku : Serius lah dia buat macam tu ? Qimie okey tak ni ?

Qimie : Ok je. Cuma hari tu nangis sikit. Dia siap hempas pintu bagai. Lepas tu datang bilik nak minta maaf. Tapi Qimie tak layan pun. Lantak dia ah. Kali ni macam tak rasa apa dah. Banyak kali jadi dah. Dengan ex dulu macam ni jugak. Awal-awal beria. Bila dah dapat jadi macam ni.

Aku : Abang pun tak paham. Apsal diorang buat macam tu kat Qimie. Kenapalah tak jaga Qimie elok-elok. Geram pulak abang dengar.

Qimie : Bila dah banyak kali kena macam ni dah tak rasa apa-apa lagi dah.

Aku : Takpa. Jadikan pengalaman. Don’t worry abang always ada dengan Qimie. Abang akan jaga Qimie.

Qimie : Thanks Abang.

Lantas aku memeluk Qimie. Lepas aku dengar yang diorang dah broke up aku 
rasa ada satu perasaan yang entah. Susah nak cakap. Ok fine the thing is aku ada rasa sedikit gembira bila diorang putus. Macam like seriously aku rasa macam lega. Faizul and Qimie dah putus ! Mungkin sebab aku marahkan Faizul kot. Entah. Aku sendiri pun tak tahu or mungkin aku tahu cuma aku pretend macam tak tahu atau aku sememangnya happy bila tahu diorang break up. Tapi dalam masa yang sama aku kesian dengan si Qimie. Banyak kali dah patah hati. But no matter what aku akan jaga dia. Even dari jauh. Then aku bagi kek coklat yang aku buat tu. Lalu Qimie pun pulang ke biliknya. The next day dia puji kek coklat aku tu sedap. Eh blushingggg titerwww taw !

8 Jun 2017
9:30pm
Aku bergerak turun ke tingkat 1. Nak pergi isi air. Seems like someone was isi air in there too. Aku pun beratur. Nampak gaya macam Faizul. Oh please jangan dia please jangan dia. Kemudian, susuk badan itu menoleh ke belakang. Ya Faizul. Perasaan meluat menguasai diri tapi aku still mengukir senyuman. Being fake is one of my talents sometimes.

Aku : Hai Faizul. So bila last paper ?

Faizul : Lambat lagi. 21 Jun nanti.

Aku : Ohh. Ingatkan dah berambus dah esok lusa.

Yes aku sebut berambus tanpa sedar..

Faizul : kau bila ?

Aku : 13 Jun last paper.

Aku jadi menyampah bila terserempak dengan Faizul. It just like I feel so much hate to him. I just can’t.

9 Jun 2017
12.30pm
Seperti biasa, setiap hari Jumaat maka berduyunlah kaum Adam ke masjid terdekat untuk menunaikan solat Jumaat. Aku tiba di masjid awal juga hari tu. Aku naik ke tingkat atas. Suasana masjid kelihatan sedikit sesak. Orang ramai dah mula memenuhi saf. Masuk je saf aku usha keliling. Tadi masa di parking motor aku nampak motor si Qimie. Dia mesti dah sampai. Di satu sudut kelihatan Qimie duduk sendirian. At first aku nak duduk sebelah dia but then I think it’s better for me to sit at the back. Kebetulan ada budak-budak kat area Qimie tu. Aku pun text Qimie. Bergurau senda dengan dia. Aku kata dia bawak anak. Dia ketawa. Lepas tu dia tanya aku duduk kat area mana. Aku pun cakap ah duduk kat saf belakang sikit. Dia cari aku. Then dia datang dekat aku and duduk sebelah aku. 

Aku menatap wajah Qimie. Wajah seorang insan yang membuat hidupku lain macam dalam semester ini. Qimie memulakan bicara. Tidak semena-mena aku ternampak sesuatu pada Qimie yang menyebabkan hati aku mendidih. Aku menjadi marah. Tangan aku menggeletar namun aku tetap mengukir senyuman seperti tiada apa yang berlaku. Kau tahu rasa macam kau nak marah tapi kau bertahan supaya tak meletus.


Di leher Qimie jelas kelihatan kesan love bite. Ya love bite. Gigitan cinta orang kata. Aku tanya Qimie siapa yang buat. Qimie berdalih dengan mengatakan itu cuma gatal-gatal biasa. Dik, abang tahulah kesan orang tokak dengan kesan gatal-gatal biasa tu. Aku terus mengorek cerita.

Aku : Faizul buat ke ?

Qimie : Eh tak la. Tak tahu.

Muka Qimie kelihatan tersipu-sipu.

Aku : Cakap je la abang nak tahu. Bukan buat apa pun.

Qimie : Ermm ha'ah. Dia datang semalam untuk minta maaf. Tapi kami tak get back pun. Jadi kawan je. Lepas tu dia peluk and kiss leher Qimei.

Kulit Qimie yang cerah sememangnya akan membuatkan kesan love bite tu jelas kelihatan. Aku tersenyum. Tersenyum menahan marah. Perasaan marah muncul meluap-luap. Tangan aku menggeletar. Tapi aku masih waras. Tak guna untuk aku naik angin. Aku bukan siapa-siapa. Hanya sekadar ada garisan abang dan adik sahaja antara aku dan Qimie. Aku tak berhak nak marah Qimie. Paling tak boleh blah aku share tips hilangkan kesan lebam tu. Orang yang tahu akan senang nampak kesan itu. Kemarahan aku untuk isu ni tak valid langsung. Tak sangka pulak kemunculan Faizul waktu malam sebelumnya merupakan foreshadowing untuk kejadian masjid ni.

Keesokan harinya, 10 Jun 2017 Qimie akan kembali ke kampung halamannya. Pulang sebentar sebelum kembali semula pada 14 Jun nanti. Kertas peperiksaannya yang terakhir jatuh pada 20 Jun. Paper pertama dan terakhir sebab subjek dia yang lain semuanya 100% courseworks. Aku pula akan meninggalkan kolej pada 15 Jun. Jadi mungkin pertemuan di masjid itu akan menjadi pertemuan terakhir buat semester ini. Selepas cuti 3 bulan barulah aku boleh bertemu semula dengannya.

13 Jun 2017
11:32am
Qimie masih di kampung halaman. The only cara untuk aku tengok dia was using his own insta story. Cuma lately dia selalu buat instastory yang menunjukkan dia rindu someone. Macam yang latest ni dia tulis

I miss you <3

Aku okey je kot baca. Janji dia bahagia. HAHAHAHHAH TAK ! AKu curious. Siapakah gerangan yang Qimie rindui itu ? Mungkin dia dah berbaik dengan Faizul. Entah juga. Lalu aku hantar personal text into dm Instagram dia.

Aku : Qimie dah rujuk semula dengan Faizul ke ?

Qimie : Hehehe. Macam tu la nampak gayanya.

Aku macam terdiam sebab nak digest kenyataan yang aku baru baca tu. A week ago korang break up. Then after a week get back pulak. Oh. Okeyh. Aku marah. Perasaan bercampur baur sebenarnya. Marah. Tak puas hati. Kecewa. Entah. Tapi aku tahu. At the end semua emosi tu tak valid pun. Sebab aku takda hak nak control Qimie dan aku pulak hanyalah seperti abang dia. Kewujudan aku hanya sekadar untuk jaga dia sahaja. Mungkin dah sampai masa untuk aku blah dan biar Faizul yang handle dia. Mungkin. Aku just cakap kat Qimie yang aku doakan yang baik-baik antara dia dan Faizul. Walaupun masih ada sedikit rasa geram dan tak berpuas hati. I’m such a complicated person wtf.

14 Jun 2017
Qimie kembali ke hostel. Awal jugak dia balik sebab exam dia hanya bermula next week. Nak study dia kata. No text or anything from Qimie. Hanya sekadar reply-reply story di dm Instagram. Katanya dia sampai petang nanti before berbuka. Aku rasa macam tak sempat nak jumpa dia before aku balik.

15 Jun 2017
Aku dah settle kemas barang. Petang nanti aku akan bertolak pulang ke rumah. Cuti semester lebih kurang 3 bulan. Ayuh kembali ke rumah. Banyak juga barang aku. Entah apa aku bawak. Hari ni juga hari last aku jadi roommate Adin. Sem depan aku tak sure siapa pula. Lagipun aku kena tendang dari kolej. Sekarang hanya mengharapkan keputusan untuk rayuan kolej. Kalau tak mampos aku.  Ramadan pun almost berakhir. Raya nak dekat. Balik ni nak membiskut raya pulak.

How about Haqimie ? Aku tak rasa sempat jumpa dia hari ni. If sempat should be nice. But aku tak harap sangat. Hubungan aku dengan Qimie ? Well aku follow the flow. If dia rasa aku ni penting he knows where to find me. If not aku kena terima je la bahawasanya hidupku cuman sekadar melukut di tepi gantang dalam hidupnya. Aku harap yang baik-baik saja la.

Panjang juga aku merapu dalam episode kali ni. Terima kasih kepada kalian yang sudi baca. Sebarang pandangan boleh dibuat dalam ruangan komen di bawah.

Till we meet again in another episode.


Oh ya ! Some scenes telah diubah sedikit bagi melindungi identiti sebenar mereka.

Adios ~


P/s : Baju raya aku kaler hijau tahun ni. My first baju raya with green theme !