Friday, July 25, 2014

Episod 5 : "等你" by Charmaine Sheh






Episod kali ni aku just nak share one of the lagu yang aku suka dengar. Actually lagu ni lama dah. Since 2008 lagi. Merupakan ending theme song drama Forensic Heroes 2. Drama from Hong Kong. Drama tu memang best. Ala-ala CSI version Hong Kong macam tu. Tapi story ada bermain dengan emosi jugak. Takde la 24 jam siasat kes jenayah jer. Sesiapa yang minat genre drama macam ni bolehlah search kat google and download. Tapi drama ni pun dah lama. So teknologi forensic time tu a bit macam old jugak la. 

Season 1 keluar tahun 2006, 2008- season 2, and 2011- season 3. NTV7 ada tayang. Season 2 merupakan sequel season 1. Tapi season 3 ni storyline lain. Takde kaitan dengan previous seasons. Charmaine Sheh aka penyanyi lagu ni turut berlakon jugak dalam season 2. Bawa watak Bell. Pegawai polis yang tegas dalam story ni. Pada masa yang sama dia jatuh cinta kat seorang pakar forensik yang bernama Ivan lakonan Kevin Cheng. Hensem orangnya. Setiap kali ada scene diorang, mesti lagu ni yang akan naik. Bagi aku lagu ni sweet la. Even aku tak paham sepatah haram pun maksud dia. Based on google, maksud 等你 ialah I'll Wait For You. Unfortunately aku tak jumpa full version. Cuma ada version yang pendek jer. Ke memang lagu ni sememangnya pendek ? Entah. Kat Youtube pun lagu ni diulang-ulang supaya jadi panjang. Apa-apa pun layan je la. 

Adios~~

No comments:

Post a Comment