Thursday, May 24, 2018

Episod 106 : Aku & Internship Part 3


Assalamualaikum pe kabar semuerrrr !! *Posed gaya Sajat*

Aku kembali bersiaran setelah dua bulan hilang tanpa khabar berita. Ya sesungguhnya kemalasan untuk menulis itu benar, tiada yang benar melainkan yang benar. Disebabkan itu blog aku ni dah tahap bersawang bila mana aku dah on hiatus selama tak update ni. Dah masuk Ramadan. Ya bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak sambut puasa. Banyak benda jugak berlaku lately. I mean as you all can see, kerajaan Malaysia pun dah tukar, *welcome back Tun M !*, terbongkarnya pelbagai skandalisma dalam politik negara, Nazim Othman dengan si Bella Dally bercerai*ehem*, dan lain-lain korang senaraikan sendiri.

See. Aku dah melalut ke mana-mana hala dah. Nak story pasal kisah internship aku je pun. Okey dah masuk part 3 which mean this would be my last part untuk internship punya episode. In fact ketika episode ini ditulis aku dah complete aku punya internship dan sekarang sedang menganggur di rumah aku.

Sexual Harassment

Dalam episode lepas aku ada sebut pasal benda ni. Kalau korang baca la. For the record aku telah mengalami situasi itu. Aku sebenarnya masih lagi takleh digest situasi yang terjadi tu. Macam takleh blah siot kena gangguan macam itu.
Kisah itu terjadi ketika baru beberapa minggu intern aku bermula. Dalam office aku tu ada seorang staf ni. Nama diberi Cik An. Of course la nama telah diubah untuk menjaga privacy masing-masing. Cik An ni seorang lelaki berumur dalam kategori usia emas la kot. Since dia pun dah nak pencen kalau tak silap aku. Rambut pun dah beruban sikit. Dari segi perwatakan dia ni aku boleh detect la ketidaklurusan dirinya itu. Sebab dia ni agak lembut sedikit. Mulut pun boleh tahan. Macam mak hayam pencen pun ada. Status perkahwinan aku tak pasti sebab aku tak tanya.

There was one day aku sampai tempat kerja aku dan nak park motor di basement. Time tu jam 8 pagi. Kawasan parking basement lengang. So lepas settle parking motor aku pun nak gerak naik atas. Suddenly Cik An muncul and mendekati aku. Dia senyum. So disebabkan taknak kurang ajar aku pun senyum la balik kat dia.

Cik An : Eh awak ni yang intern kat unit atas tu kan ? *sambil merangkul tangan aku*

Aku : Haa ye saya. Saya intern situ. Ermm nak panggil apa ye kat abang ni ?

Cik An : Kat sini semua panggil saya Cik An je.
Tetiba dia pegang tangan aku.. aku dah mula WTF ni ? tapi still lagi control sebab aku ingat just biasa je.

Cik An : Saya suka la budak macam awak ni. Saya suka urut. Tengok saya picit tangan awak. Awak suka kena urut ? nanti saya urut awak. Malam-malam awak buat apa je ?

Aku : Tak biasa kena urut. Oh dah lama ke mengurut ? selalu mengurut sapa je ? Malam selalu tidur awal. Penat.

Aku dah mula rasa lain macam. Aku start rasa tak selesa. Rasa macam ko diraba tanpa rela. Cik An terus picit tangan aku dari jari hingga bahu. Then he touched my face. Muka dia muka seronok. After that he took my hand and sniff. Muka aku memang dah expression tak selesa gila babis

Cik An : Wanginya awak. Pakai perfume apa ni ? Kenapa muka awak takut ni ? tak biasa ke ? saya suka berkawan. Kawan la dengan saya.

Aku : Perfume biasa je ni. Tak sebab saya tak biasa la Cik An. Kena pegang macam ni.

Cik An : Janganlah takut. Bagi number phone kat saya. Nanti saya call awak.

Ah sudah dia mintak number pulak. Memang tak la. So aku berdolak dalih mintak nak save number dia and akan call kemudian. Aku pun ambik number dia.

Aku : Nanti saya miss call. Handphone takda kredit. Okey la Cik An saya nak pergi punch card. Lambat pulak nanti.

Terus aku tarik tangan aku and blah. Tapi dengan cara elok la. Sebab tak nak nampak kurang ajar. Bila aku naik atas sumpah tangan aku shaking gila. Gigil habis beb. Macam takt ahu nak react apa. Aku jadi blur. Ni gangguan seksual ke ? Tapi aku ada consent masa dia sentuh tangan aku. Tapi aku tak halang dia. Betul ke apa aku buat ni ? Gangguan seksual sesama jantina ni valid ke ? Nak report ke ? Tapi takda saksi.

Semua persoalan tu berlegar dalam kepala aku. Jadi mungkin inilah yang perempuan rasa bila kena. Sumpah weyh aku jadi cuak kejap. Trauma pun ada. Okey la first of all aku memang tak taste kat Cik An tu. Like euww Samsung what are you talkin about. Maybe that’s why aku rasa that was a sexual harassment. What if mamat yang aku taste buat macam tu ? Dah sah-sah boleh jadi scene Men At Work terus. LOL !

After that day aku cuba elak untuk bertembung dengan dia. But God always has another plan. Aku keep on terserempak dengan dia di parking basement tu haa. Dia tanya aku bila nak bagi number dan aku pun keep on elakkan dari bagi number kat dia. Pernah sekali aku bagi alasan tak topup phone lagi sebab PTPTN belum masuk. Selepas few weeks jugaklah baru Cik An stop menunjukkan interest terhadap aku. Dia jadi kekwat. Tak tegur aku dah. Lantak kau lah Cik An. Janji tak kacau aku sudah.

Internship tamat !

Internship aku secara rasminya habis masa awal bulan Mei hari tu. Memang sekejap betul rasa. Now dah habis. Maka aku pun kembali ke rumah dan menjalani ibadah berpuasa. Until raya. Counting days for my graduation day ! Wah ! Perjalanan jauh lagi Dom. Resume aku pun belum buat lagi.  Banyak lagi nak menapak. Aku akan sedaya upaya update jugak blog ni walaupun aku tahu dunia blog semakin hambar day by day.

Sampai di sini dahulu nukilan aku. Hingga kita ketemu lagi dalam episode akan datang lagi beberapa hari sebab aku dah peram lama. HAHAHAHA. Kepada pembaca blog aku ni selamat berpuasa aku ucapkan. Kurangkan aktiviti yang boleh membatalkan puasa ye !

Adios ~


p/s : Peningkatan usia ni buat aku rasa semakin tua pula. Kah


Sunday, March 11, 2018

Episod 105 : Aku & Intership Part 2


Hari ini genap sebulan aku tinggal di ibu kota aka Kuala Lumpur. Kira dah sebulan aku berinternship di sini. Kau internship kat mana ? Well aku tak boleh exactly nak sebut nama tempat intern aku. I don’t wanna get any trouble later if I reveal my intern place. Apa yang boleh aku katakan aku intern di sebuah agensi kerajaan. Agensi kerajaan ? ke pejabat kerajaan ? Either or la. Mungkin terma organisasi kerajaan lebih tepat kot. Elaun okey tak ? Sadly no allowance for me. Dah tu asal kau mintak situ jugak ? Let just say aku rasa skill aku hanya sesuai kat situ kot. Plus pointer aku pun not so above level sangat untuk aku apply di company lain. Dapat tempat intern ni pun aku dah syukur dah.

Kat KL aku stay dengan kakak abah yang aku panggil dia Aunty Mah. Uncle Im dah meninggal few years back. So tinggallah Aunty Mah bersama empat orang anaknya. Tiga orang dah kahwin. Yang tinggal dengan dia sekarang dua orang anak Aunty Mah. Sorang dah kahwin sorang lagi masih single. Adik aunty Mah, Usu Idah pun tinggal kat sini juga. So do my Nenek. Nenek dah tua jadinya Aunty Mah bela dia kat sini. Seem crowded jugak la. Tapi apa boleh buat masalah kewangan menyebabkan aku tak mampu nak menyewa di sini. Rumah Dario jugak agak jauh dari sini. Whether I like it or not aku akan kena bertahan selama lebih kurang 3 bulan. Setiap hari aku akan berulang menaiki motosikal aku. Lagenda 115. Not to far. Lebih kurang 15 minit boleh sampai office aku.

Waktu bekerja aku office hour. Week days 8:30pm-5:30pm. Weekend cuti. Tapi kadang tu aku kena stay back if ada sebarang event yang memerlukan khidmat tenaga aku. Aku ditempatkan dalam satu unit yang terdiri daripada beberapa orang pegawai. Bos aku perempuan. Let just called her Cik Bos. Pegawai lain yang ada macam Kak Rosie, Kak Ina, Abang Lee, Abang Bakar, Cik Mar dan Kak Iza. Dalam unit aku pun ada budak Intern from IPTA lain. Ada empat orang. Scha, Syahir, Fahri and Effa. Syahir dengan Fahri ni hensem tak ? Well Syahir ni kinda cute jugak la. Body sedap-sedap. Muka abang-abang gak ah. Smoker ala-ala bad boy. Perghh inzal aku tengok. Ehh. HAHAHAHA. Fahri pulak aku tak berapa ngam sangat dengan dia. Entah pe hal kekwat lain macam. Sebab dia intern paling lama kat situ kot. Scha pulak member si Syahir. Sweet girl. Sekepala dengan aku. Boleh la borak dengan dia. Kira aku ngam dengan si Scha and Syahir ni ah. Si Effa ni pulak dia ni aku tak pasti how to say pasal personality dia. Macam lurus bendul pun ada minah ni. Tapi dia baik. Tapi since dia ni budak teater ada kemungkinan dia hanya playing the role as budak lurus bendul. Macam dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka tuh. Who knows kan ? Unfortunately Scha, Syahir dengan Fahri telah pun menamatkan internship mereka. Maka tinggallah aku dan Effa di sini. Mungkin akan ada budak baru nanti. Harapnya la.

Apa je kau kena buat weyh ? First two weeks aku kat situ taka da benda sangat aku kena buat. Pishang teruk gak la. But now dah ada job sikit demi sikit. Kerja tipikal yang budak intern kena buat biasalah, buat photostat, hantar barang, hantar memo, printing and lain-lain. Tak apalah. Orang kata experience kan. So aku buat je la macam disuruh. At least terisi la jugak buku log aku tuh. Lama lagi ni. Moga aku tabah menghadapi karenah manusia dan lain-lain cabaran. Dah di Kuala Lumpur ni selalu jugak la bertemu dengan Dario. Nak berdetim pun senang. HAHAHAHHA. Kadang aku lepak dengan Gib. Ikut la mana yang sempat.

Life in KL kinda high cost jugak. Nak naik tren pun kena duit kan. Pasrah la. Lumrah hidup. Aku rasa itu je la kot yang aku nak story dalam episod kali ni. Nantikan bahagian seterusnya mengenai internship aku dan juga sexual harassment. Kelakar seram betul tajuk.

Adios ~

Disclaimer : Semua nama dan tempat telah direboot sedikit bagi menjaga kepentingan dan privacy semua pihak. Harap maklum. 

p/s : Fikir masa depan buat aku takut untuk berfikir tapi tetap nak jugak fikir.


Saturday, February 10, 2018

Episod 104 : Aku & Internship

12 Februari 2018 yang bakal menjelma pada minggu hadapan menjadi salah satu fasa baru buat aku. Aku bakal menjejakkan kaki ke semester lapan iaitu semester terakhir aku dalam pengajian ijazah selama empat tahun. I almost survived my degree life ! A little bit more ! Cuma yang membezakan semester ini dengan semester-semester yang lepas ialah aku tak perlu ke kuliah dan tutorial sebaliknya akan menjalani latihan praktikal di organisasi yang telah aku pilih dulu. In other word INTERNSHIP !



Dah intern dah weyh ! Damn masa laju betul berlalu. Aku rasa macam baru je story pasal life first year aku dulu dalam ni. Tempat intern aku terletak di Kuala Lumpur. Yup you heard it ! Dom is going to KL ! So yeah aku sedikit nervous sebab aku sendiri pun tak pasti skop tugasan yang perlu aku lakukan sepanjang masa intern nanti. Dah la aku sorang je apply situ while member lain dah bertebaran di merata Kawasan lain. Aku mengharapkan yang terbaik je la. Harap mampu survive. Berapa lama intern ? Aku akan intern sehingga Mei 2018. So basically lebih kurang dalam 3 bulan jugak la.

If tak ada any obsticles insyaallah tahun ni aku dah boleh grad. Result exam sem lepas dah released and everything is good. No extend ke apa. Tinggal nak habiskan intern aku sahaja. Moga-moga lepas grad boleh la dapat kerja. Cuak jugak kalau tak ada kerja ke apa. Susah betul. Korang doakan yang terbaik untuk aku sepanjang aku intern ni. Mungkin blog ni akan mengalami sedikit kesenduan buat a few months sebab rumah yang aku stay kat KL nanti tiada kemudahan wifi. So memang sukarlah nak update blog sekangkang kera aku ni. Lagi pulak aku mungkin akan busy dengan kerja yang banyak. But  don’t worry I’ll be back after intern.


Ok gais wish me luck ! doakan aku !


Till we meet again in another episode..
Adios ~



p/s : Valentines Day ni sejenis agenda yahudi ?








Monday, January 29, 2018

Episod 103 : Haqimie Part 7 - The Last Gift


8 January 2018

Dah seminggu 2018 hadir dalam hidup semua orang. Hari ni jugak mencatatkan sejarah kerana hari ini merupakan hari untuk aku menduduki peperiksaan akhir bagi semester tujuh. Paper pertama dan paper terakhir. Satu subjek sahaja yang memerlukan aku untuk menduduki peperiksaan. Oh ya. Tarikh ini juga merupakan kali terakhir untuk aku menduduki peperiksaan bagi life ijazah aku. Semester lapan tiada lagi exam. Hanya internship. Insyaallah menjelang Oktober 2018 aku akan bergraduasi. Harapnya begitulah. Tepat jam 5.15pm, maka tamatlah waktu peperiksaan aku.  Lepas malam aku tidur dengan Qimie, aku dan dia hanya bertembung di sekitar block kolej kami sahaja. Aku akan senyum melihatnya dan begitu juga dengan Qimie. Khamis, 11 Januari aku akan pulang ke kampung halaman untuk cuti semester selama sebulan. Sebelum aku berangkat ke ibu kota untuk internship. Maknanya aku hanya ada tiga hari sahaja lagi untuk melihat Qimie di hadapan mata aku. Lepas ni susah dah.
Aku teringat yang birthday Qimie akan tiba bulan depan. Terdetik di hati nak hadiahkan dia something. Orang kata as one last gift. Tapi masalahnya aku tak tahu nak bagi apa. Even during birthday Dario pun aku hanya masak makanan favourite dia sahaja. Sebab dia dah ada semua benda. Back to Qimie, aku teringat something. Mungkin patung beruang is something that can be a gift for him. A teddy bear. Well at least he can cuddle it.

9 January 2018

Aku mulakan proses untuk mencari teddy bear yang sesuai. Kalau nak beli kat mall aku pasti harga nokharom mahal. Paham-paham je la kalau dah hujung sem ni duit pun tinggal serdak je ni haa. But still gigih jugak nak beli hadiah bagi. Over la kau ni Dom. So aku decided untuk buat carian online menggunakan apps shopping yang ada. Aku search dalam Shopee dan nasib aku baik kerana dapat temui satu seller yang menjual teddy bear dengan harga yang aku mampu milik. 

Gambar sekadar hiasan dan ihsan dari Google

Rilakkuma teddy bear seems quite cute and huggable. Size agak besar. Aku pun terus deal dengan seller. Kebetulan dia pun tinggal berdekatan so aku decided untuk jumpa terus. Easier.

10 Januari 2018

Aku dah deal dengan seller tu jam 3pm. On time aku terpacak kat kawasan kitorang nak jumpa tu. A few minutes later dia muncul. Duit dan teddy bear bertukar tangan. Dengan lafaz “saya beli ye sis” maka aku dah berjaya beli hadiah untuk Qimie. Good seller. Sebab dia dah letak dalam paper bag yang agak nice jugak. Dah selamat tak payah nak balut lagi dah.
Malam ni aku dah start packing barang. Sebab the next day aku nak balik dah. Mulanya aku ingat nak bagi hadiah malam ni jugak. But then dah lewat so aku cancelkan niat aku and decided untuk bagi esok. Before left kolej.

11 Januari 2018

Continuing packing all my stuffs and etc. Mak and abah akan datang ambik aku petang nanti. Aku text Qimie pukul berapa dia free. Sebab ni last aku nak jumpa dia sebelum aku berangkat pulang. Qimie inform aku dia akan ada kat bilik around waktu petang. Ok nice. Nervous juga. Selalu bagi makanan je kat dia .
Hujan turut dengan lebatnya petang itu. Seolah-olah menangisi perpisahan ini. HAHAHA berangan. Around pukul 5 lebih abah and mak sampai. Jadi bermulalah sesi mengangkat barangan aku. Roommate aku tidak kelihatan sejak semalam. Aku sendiri tak tahu dia pergi ke mana. Tepat jam 6.00pm aku settle angkat barang. I told my parents to wait for me at kedai mamak nearby coz I wanna meet my friends before I leave once and for all. Almaklumlah ada setengah member aku yang hanya 3 tahun saja pengajian mereka so lepas ni memang tak jumpa dah la.

Aku bergegas ke bilik Haqimie. Jantung aku berdebar. Aku ketuk pintu bilik dia. Qimie bukak dan jemput aku masuk. Aku hulur beg kertas yang diisi dengan teddy bear Rilakkuma. Riak wajah Qimie sedikit terkejut.

Aku : Abang tak ada apa sangat nak bagi. Ini je la yang abang boleh bagi kat Qimie. Hadiah birthday awal sebulan dengan hadiah perpisahan.

Qimie : Awhhhhh abang. Susahkan abang je. Kenapa sweet sangat ni ? Terima kasih Abang Dom.

Aku : Yela lepas ni dah jauh dari Qimie. Ni last nak jumpa Qimie..

Qimie : Hmm janganlah cakap last. Dah macam ermmm ala Qimei tak nak sebut la yang tu.

Aku : ok ok tak. Lepas ni susah dah nak jumpa adik abang ni haa. Abang gonna miss you Qimie. Abang nak peluk for the last time boleh ?


Haqimie merebahkan diri di atas katilnya. Aku memeluk erat dirinya. Rambut Qimie aku belai lembut. Haruman syampu di rambutnya bermain di rongga hidung aku. Ayat kau memang nak kena poyo macam ni ke Dom ? Qimie memeluk erat tubuhku. Dia menekup wajahnya kearah dada aku. Well obviously la tak kekar macam abang sado korang dalam Instagram tu. Aku turut memeluk erat tubuh Qimie.

Kemudian kami menatap wajah masing-masing. Mata Qimie sedikit berkaca.

Aku : Janganlah nangis nanti abang pun nangis sama.

Qimie : Nanti Qimie rindu abang…

Aku : Abang pun akan rindu Qimie. Ni pun dah rindu. Kalau jauh dari mata susah abang nak tengok Qimie. Abang sayang Qimie sangat-sangat.

Qimie : Qimie pun sayang abang.

Aku : Thank you for everything. Qimie, you are one of the best thing that happen to during my university’s life. Janji dengan abang yang tak kira apa yang jadi Qimie takkan lupa abang, takkan buang abang. Boleh ?

Qimie : Qimie takkan lupa abang. Qimie sayang abang. Terima kasih jaga Qimie kat sini.

Aku : Always. Abang will always by your side no matter what happen.

Lama aku dakap Qimie. Aku kucup lembut dahi dia. Pipi Qimie pun aku kiss. Masa sememangnya terbang dengan pantas. Jam menunjukkan tepat 6:50pm. Nak tak nak aku kena beredar before mak start call aku kang.  Dengan berat hati aku berdiri dari katil.

Aku : Abang nak selfie dengan Qimie boleh ? Nak buat kenangan.

Qimie : Mestilah boleh.

After a few selfies later aku peluk Qimie lagi. Kiss dahi dengan pipi dia.

“Jaga diri elok-elok. Abang akan always jaga Qimie dari jauh. Apa-apa boleh text abang tau.”

Aku titipkan pesanan yang terakhir sebelum beredar. Kami bersalaman. Lalu aku bergegas meninggalkan bilik Qimie. Ketika di dalam lif, minda aku ligat memutarkan kembali detik-detik awal perkenalan aku dengan Qimie. Bermula dari saat aku selalu perhatikan dia dari jauh hinggalah saat kitorang chat dalam Grindr until that day. Bapak over feeling ko ni dowh. Tapi serius. Tu yang aku rasa. Lepas tu aku pun bergerak meninggalkan blok kolej aku. Cuaca petang tu mendung. Actually hujan dah berhenti tapi still mendung. Seolah menggambarkan perasaan aku waktu itu.

Lepas ni aku akan mula internship. Begitu juga dengan Qimie. Andai ada rezeki lagi mungkin kami akan bertemu semula. Insyaallah.

Adios~

P/s : Dah almost sebulan 2018 menjengah masuk. Moga tahun baru ini akan membawa pelbagai kegembiraan buat kita semua. Korang doakan aku dapat convo tahun ni. Oh ya buat silent readers yang keep on lepak sini and baca post aku. Thank you so much. Walaupun kadangkala sendu. Lepas ni akan lagi sendu kot. We will see it later.



Sunday, December 31, 2017

Episod 102 : Haqimie Part 6 - The Closure

After Qimie dah break up dengan Faizul, dia kembali hidup single. Sem ni aku tak sempat nak tidur dengan Qimie langsung. Masing-masing busy kot. Plus aku segan pulak nak ajak dia. Sebab sometime aku rasa Qimie bukannya into aku sangat. But aku yang hegeh mungkin. Well tu assumption aku sendiri. Hanya Qimie yang tahu apa yang dia rasa.

Lepas aku settle assignments aku itu hari, ada aku text Qimie. It was on 8th December 2017. Kebetulan roommate aku balik rumah. Jadinya plan aku nak ajak Qimie tidur kat bilik aku. Aku rindu nak tidur peluk dia.

09:02PM
Aku : Qimie busy tak malam ni ? Roommate abg balik rumah. Nak tidur kat bilik abg tak ?

Disebabkan Qimie dah hide bluetick dan last seen dia maka aku tak dapat detect sama ada text aku telah dibaca atau pun tidak.

3 jam kemudian…

12:37AM
Qimie : Sorry lambat abang. Qimie kat studio malam ni. Buat assignment.

Aku : Overnight kat studio ah malam ni ?

Qimie : Ha’ah abang. Nak siapkan assignment. Kalau tak boleh tidur dengan abang.

Aku sedikit kecewa sebenarnya. But still nothing much I can do. Takkan nak paksa dia pulak. Aku cuba persue lagi untuk next night.

Aku : Okeyh tak apa. Buat assignment elok-elok. Esok pun boleh. Sebab member abang ni balik hari Ahad.

Qimie : oo..okay abang. InsyaAllah..

Entah kenapa aku rasa sedikit suspicious dengan kenyataan Qimie yang kononnya dia kat studio buat assignment. Aku kemudiannya tengok dari luar bilik aku. Kebetulan aku tahu bilik Qimie yang mana satu jadi mudah untuk aku menyiasat. Aku turun ke kawasan lapang sebelah kolej aku dan aku tengok bilik Qimie.

Kelihatan lampu masih menyala dan kipas masih berpusing. Aku cuba husnuzon Qimie mungkin tinggalkan bilikny tanpa mematikan lampu dan kipas. But still, aku tetap pergi ke tempat letak motor blok kolej aku. Kelihatan motor Qimie ada di situ. Which means dia sememangnya ada dalam biliknya. Aku sedikit terkilan sebenarnya bila kenyataan Qimie bercanggah dengan apa yang dia bagi tahu. Tapi, siapalah aku untuk sakit hati sebegitu rupa. Plus aku sendiri yang galak nak pergi siasat kebenaran yang sakit tu. Begitulah tragisnya kejadian malam itu.

The next day which is Sabtu aku tunggu text dari Qimie. Tungguu.. tunggu.. tungguuu dan malam pun menjelma. Tiada sebarang text Qimie yang nak inform dia tidur bilik aku. Aku pun dapat agak yang Qimie memang tak nak datang. Well aku akhirnya tidur sendirian jugak malam tu.

2 minggu berlalu. Masa semakin suntuk. Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum study week bermula. Apa yang pasti once study week start peluang aku untuk tidur dengan Qimie akan jadi semakin tipis dan sememangnya tidak akan berlaku lagi. Semester depan aku akan mula praktikal di tempat baru which is jauh dari kampus aku. Then no more. Aku nekad. No matter what aku kena pastikan momen terakhir antara aku dan Qimie berlaku.

22 Disember 2017…

12:05 AM,
Aku : Qimie free tak malam esok ? ermm kalau free abang ingat nak ajak Qimie tido bilik abang. Buat kali terakhir nak peluk Qimie. Lepas ni dah tak boleh nak tido peluk Qimie yang abang sayang ni.

Qimie : Malam esok macam free kot. Abang dah nak balik ke ? Ala jangan cakap camtu...sedih Qimie dengar.

Aku : Abang balik hari Ahad. Kali ni je boleh tido dengan Qimie. Nanti habis study week dah nak exam. Qimie nak study lagi. Jujur abang cakap, sedih jugak nak tinggal Qimie sem depan nanti.

Qimie : baik abang... malam esok kita tido sama-sama. Abang datang bilik Qimie lah senang. Sedih lah rasa...

Aku : Abang rindu nak tido peluk Qimie. Lepas ni tak tahu bila lagi. Abang jaga Qimie dari jauh je.

Qimie : Nanti esok abang datang. Nak peluk abg esok.

Sumpah aku cakap, that moment aku baca text Qimie, hati aku melonjak gembira. Last aku kitorang spend time together during bulan Mei. Kemudian Faizul muncul and then everything change. No more momen antara aku dan Qimie. Malam keesokan harinya jam 1:30am aku pergi ke bilik Qimie. Lepas Faizul blah dari bilik tu Qimie stay alone. Lucky him. Aku baring di atas tilam. Qimie berada di sebelah aku. Aku peluk Qimie. Aku kucup dahi dia kemudia kedua-dua belah pipinya. Rambut Qimie aku belai lembut. Haruman syampu masih lagi segar di rambutnya. Kemudian kitorang banyak berborak. Update story. Qimie pun akan turut berpraktikal during semester depan. Walau pun dia junior aku tapi kos dia akan berpraktikal ketika tahun tiga. Dia cakap dia risau sebab belum dapat tempat praktikal. Aku doakan yang terbaik untuk Qimie. Currently Qimie still single. Dia la kata. Aku tak tahu la kalau dia tipu ke apa. Lebih kurang jam 3am mata pun mula mengantuk. Sebelum tidur aku sempat cakap kat Qimie

“Qimie, you are one of the best things that ever happened to me in this university. Abang akan always sayang Qimie..”

Ya. Siapa sangka aku akan kenal Qimie. Even aku pun tak expect akan kenal dia. Selepas itu Qimie terlena. Dengkurannya jelas kedengaran. Qimie seorang yang berdengkur ketika tidur. Tapi bagi aku itu tak menjadi masalah sebab aku pun boleh je lena. Tapi malam itu tidur aku tidaklah terlalu nyenyak. Dalam cahaya samar-samar aku belai Qimie yang sedang lena. Aku akan berjauhan dengan dia. Malam itu aku rasa momen terakhir antara aku dan Qimie. Unless dia ajak aku tidur lagi nanti. Finger cross. Aku tenung wajah Qimie. Tenang dia tidur. Aku akan rindui wajah ini nanti. In fact aku harap momen malam itu akan berterusan. Qimie lena dalam dakapan aku begitu juga aku sepanjang malam lena memeluk Qimie. A cuddling moment yang aku akan ingat selamanya.

Pagi pun menjengah tiba. Matahari menyinari bilik. Subuh tak ni ? Aku rasa kalian tahu apa yang aku akan jawab. Aku kiss bibir Qimie *bukan French kiss* dan wish him good morning. We both still cuddle with each other. Kemudian Qimie suruh aku pusing belakang. Dia nak peluk aku. Back cuddle is damn nice ! Aku rasa tenang. HAHAHAHAH. Sounds so bottom kan ?

Tepat jam 11:30am aku minta diri untuk kembali ke bilik aku. Lagi pun Qimie hendak ke studio bagi menyiapkan assignment. Aku tak nak kacau dia. Aku kiss dahi Qimie. Kemudian diikuti pipi dan bibirnya. A hug is a must. Kemudian aku kembali ke bilik dengan senyuman yang terukir di pipi.

It was a moment that I’ve been waiting for. Aku sedikit sedih juga kerana ini mungkin moment terakhir antara aku dan Qimie. Mungkinkah akan ada lagi peluang untuk aku dan Qimie tidur bersama lagi ? Entah. Oh ya sebelum kalian buat sebarang spekulasi aku nak bagitahu siap-siap kitrorang berdua tidur dalam keadaan berpakaian lengkap dan tidak berbogel ya. Sekian.

Jadi begitu la kisah antara aku dan Qimie. A closure that I want and luckily I managed to get the chance. Apa yang pasti even jauh aku akan tetap akan jaga Qimie .

Terima kasih Haqimie kerna kau muncul dalam hidup aku, walaupun adakalanya aku ini diibaratkan seperti tempat persinggahan namun as long as kau happy aku akan happy untuk kau. Semoga hubungan aku dan kau ini akan terus diingati. Ecewahhhh. Kau lupa Dario ke ? Dario masih ada. Jangan risau.

Till we meet again.

Adios ~


P/s : Ini merupakan entry terakhir untuk 2017. Moga 2018 akan menjadi lebih baik ! Ameen !

Saturday, December 23, 2017

Episod 101 : Crisis Part 3 - The Second Act



16 Disember 2017

Aku : Adin, kau okey tak ni ? Apa yang jadi ?
…..

A few hours earlier…

Majlis makan malam tahun akhir bagi kos aku baru sahaja tamat semalam. Aku terjaga dari lena jam 11 pagi. After party malam tadi sangatlah havoc. Havoc sangat ke ? Okey not so. Let say it as cool. Yeah it was cool. After dinner settle around 12am something some of my friends ajak untuk pergi after party pulak. Adin setuju untuk join diorang so yeah we both joined them. Ada member aku yang terus balik kolej. Penat katanya. Ada jugak yang berafter party di kelab. Siap upload post dalam instastory lagi sedang melanggah air terlarang dalam kelab. Agak terkejut jugak but who am I to judge them. You guys punya life so you guys punya pasal.

After party aku versi budak-budak nerd sikit. Duduk beramai-ramai dalam bulatan and then main truth or dare. But actually it was not really a truth or dare session. More likely a confession. How it works ? Dalam bulatan tu kitorang akan pass botol losyen *ini je benda yang ada masa tu* to each other dalam masa 10 saat. Apabila cukup masa orang terakhir yang pegang losyen tu akan pilih one of us untuk tanya dia satu soalan. It can be a personal question or anything la. Luckily aku cuma ditanya soalan biasa dan tidak kontroversi.

It was fun night. 6am baru settle dan kitorang bergerak pulang ke kolej. Tidur la apa lagi. Barai siot. Sepanjang 3 tahun lebih aku hidup dalam dunia university ni rasanya ni la first time aku join majlis makan malam. Sebagai seorang yang tak berapa into persatuan thingy memang tak la untuk aku join sebarang majlis dinner. About that dinner it was damn gonna be remembered forever. Good food, good environment and etc. Lepas tu banyak bergambar. Outfit aku ? Haruslah aku resource merata tempat. Pinjam sana sini and boom ! I got my outfit including MUA sekali. MUA tu apa ? Makeup artist. Yes ini kali pertama aku pakai mekap. Sounds so bottom is it ? HAHAHA. Actually member aku suggest pakai. Since dia pandai mekap and he also actually pakai mekap jugak so aku pun decided untuk cuba. Just a simple mekap yang bagi nampak batang hidung and pipi. Aku pun tak tahu apa terms tu.

Sampai kat bilik around 6am. Lepas tu pergi mandi apa semua then aku decided untuk tunggu subuh kejap but then kelaut. Subuhku hangus begitu sahaja. Apa nak jadi ni Dom ? Around pukul 11am aku terjaga kemudian aku text Adin. Nak pergi claim gambar-gambar dalam telefon bimbit dia semalam. Adin suruh aku pergi ke bilik Arif. Then di balik Arif aku transfer gambar-gambar yang ada malam tadi. Kemudiannya kitorang borak-borak. Mengenang semula perjalanan yang bakal tamat dalam beberapa minggu lagi. Lepas tu aku pulang semula ke bilik dan entah aku pun lupa aku buat apa lepas tu. Around pukul 4pm aku pergi mandi. Then bersiap-siap untuk pergi turun lunch di kafe. Aku perasan notification dari group team aku tu dalam berbelas jugak. Since aku malas nak baca lagi, aku decided untuk klik saja kemudian back. Lalu aku pun turun ke kafe.

Ketika sedang menjamu selera aku nampak kelibat Adin turun. Aku kebetulan melilau tengok kawasan sekeliling if ada anak ikan yang sedap dipandang. Tak ada. Adin muncul di depan aku. Aku tersenyum dan seolah macam tergelak sedikit. No reason.

Adin : Kau gelak kenapa ?
Aku : Eh tak ada apa lah.

Adin berlalu pergi dan membeli makanan. 10 minit berlalu. Adin tak muncul. Aku ingat dia akan makan bersama aku. Bila aku toleh aku nampak dia sedang makan bersendirian. Maybe he just need time to eat alone kot. Cetus hati aku.
Selesai makan aku lihat Adin dah naik ke atas. Aku paggil nama dia. Dia tak menyahut or even pandang aku. Dia berlalu pergi. Aku dah mula syak something tak kena. Setibanya di bilik aku membuka semula whatsapp group. Scrolling semula apa yang telah diorang borak ketika awal tadi.

Aku reply some texts from Mira di dalam group. Tiba-tiba…

Adin left

Jangkaan aku tepat. Ada yang tak kena dengan Adin. Aku terus whatsapp dia personal.

Aku : Adin, kau okey tak ni ? Apa yang jadi ?

Tiada sebarang balasan atau bluetick.

2 jam kemudian…

Aku tersedar dari nap. Notification bar menujukkan ada text dari Adin. Nervous aku nak baca. Adakah aku ada buat salah ?

Adin : Pertama, kalau kau tak suka aku jangan berlakon macam suka aku. I’m so sick with people that pretending they are okey with me eventhough there are not. Kalau kau tak suka apa2 pasal aku itu hak kau sebab kalau aku tak suka apa2 pasal kau pun aku tak story kat sapa2 sebab aku rapat dengan kau ! If you think that you are good enough, please get yourself a mirror. Kalau kau rasa kau okay waktu aku cari kau dalam group then kau buat tak tahu, jumpa kat cafe macam nak lari dari aku, senyum-senyum mengata, tak payah la.

Kedua, aku tak kisah bersusah payah demi kawan aku, aku tak berkira dengan kawan aku. Tapi bila kawan aku buat perangai tahik macam explaination pertama tu. I think I don’t need any friend like that.

Ketiga, aku tak pernah kisah nak gaduh dengan siapa pun dan aku tak pernah peduli pun nak bergaduh dengan kau. In fact kita memang pernah bergaduh pun. Aku pun tak kisah nak bermusuh lagi.

Aku terkesima membaca bait-bait ayat Adin. Apa yang aku dah buat sampai dia boleh naik berang macam ni sekali ? Aku sememangnya tak perasan pertanyaan dia dalam group kitorang. Macam yang aku bagitahu tadi, aku scroll terus ke bawah. After lunch baru aku nak scroll again conversation member aku yang lain tu. Well to try not making anything worse, aku reply text dia. Aku explain from A to Z. Sesungguhnya aku memang tak ada sekelumit niat pun hendak buat dia terasa sebegitu rupa. Kalaulah aku ni jahat seperti yang dia gambarkan dari dulu lagi aku dah buat macam tu kat dia. 

Kemudian aku hanya ditinggalkan dengan bluetick. Ya tiada sebarang reply. Seperti biasa lama sosial Facebook dan Instagram aku sekali lagi diblock olehnya. Cuma kali ini dia tidak memblock whatsapp aku. Well okey then. He choosed to do that. Aku pun tak boleh nak kata apa. I already did my part. Appologise to him and explaining things. Kalau dia tak nak terima then takkan aku nak terhegeh-hegeh pulak.

Tapi aku sedikit terkilan jugak. Sebab it’s already my final year. Aku harap semuanya bakal tamat dengan baik. Never expected to involve into this kind of crisis. For the second time ! But it’s happen. Tak mengapa. Kalau ada rezeki mungkin aku dan Adin akan berbaik semula. If not memang dah suratan takdir yang aku dengan dia end up akan jadi begini. Jadi itulah sedikit sebanyak perkara yang berlaku di hujung sem ini. Aku dah cuba yang terbaik. But mungkin Allah ada better plan for me kot ? Hopefully.

Kau dengan Qimie macam mana sekarang ? Well that story aku akan ceritakan dalam episode yang akan datang. Till we meet again in another episode !

Adios ~



P/s : Pitch Perfect 3 dah released ! Let’s grab the ticket now !